Pages

Saturday, February 19, 2011

DORM PUNYA 8




Hampir 3 bulan dah x jejak kaki kat dorm ni.. ni la dorm yg aku rasa paling best sepanjang 5 tahun duduk kat asrama, mana x nya sume kepala sama je.. yg pening ada, yg masuk air ada,yg gengster ada, yg kaki lawak pun bersepah-sepah.. haha... dorm ni la yg paling keras sekali, kalu x kuat iman boleh pengsan klu masuk dorm ni.. mana x nya, burger, penyapu boleh terbang sndiri..haha


Ini lah wajah-wajah penghuni dorm 8.. kitorang rapat macam adik beradik.. kata pun Brado2 dorm 8... haha.. suma benda kitorang share, makanan, ilmu, baju, kasut, bantal, tilam dan sebagainya kerana kitorang mengamalkan konsep 'sharing is caring', dan konsep 'lokermu,lokerku jua'..haha


Ni nama dia Nazri.. orang panggil dia Tompel.. dia ni KD (ketua dorm) kitorang.. ok r jugak dia jadi kd, dapat r jugak dorm ni merasa nak bersih.. haha.. kalau x, hujung minggu memang macam sarang tikus.. xde lah garang sangat, sama je masuk air nya.. tapi dak2 ni dengar lah jugak arahannya... memang respek r kat tompel ni.. dia betul2 ada tanggungjawab kat dorm ni.. pernah sekali dorm ni kantoi benda.. dia la yg pergi serah diri dan mengaku untuk nak tutup kes walaupun bukan dia yg buat...

Ni pulak nama dia Hafiz.. gelaran dia pulak Bean.. bean ni boleh tahan jugak x betol dia.. haha.. muka serius je, macam nak pukul orang pun ada tapi x, rasanya x pernah lagi tengok bean marah.. kerja dia buat orang gelak je...haha.. dia ni memang peminat gila2 team negeri sembilan.. mana x nya, sanggup fly malam2 pergi tengok bola kat stadium.. stadium pun dekat je.. kalau time belajar memang dia serius.. dia ni memang rapat ngan aku dan memang betol2 boleh buat member la....




Yang ni pulak nama dia Zuhairi.. tapi dak2 ni panggil dia Ayam.. Orang cakap muka dia macam chiken little sebab tu dapat gelaran ayam kot.. dia ni memang melawak je kerja dia.. sampai dapat gelaran pak lawak.. haha.. selain melawak, memutarbelitkan cerita pun kerja dia jugak.. Tapi dia ni cepat koyak sikit.. susah r klu nak drop lebih2..





Yang ni nama panjang dia Amir Ridhwan, nama pendek dia pulak Itek.. salah sorang member yg rapat ngan aku.. dia ni muka memang macam nak makan orang tambah pulak ngan badan macam bapak orang tapi dia lah yg paling x matang dalam dorm.. klu dia boring, ada la benda2 dia nak jadi.. betul2 macam budak umur 3 tahun.. sampai aku un terikut-ikut..amat terkenal dengan silent comedynya..haha.. klu makan, dia la yang paling laju.. orang lain baru luak separuh pinggan, dia dah habis makan 2 pinggan.. bukan main laju lagi dia melahap..haha

Ni nama dia Abu Dzar, nama pendek Abu je.. dia ni memang kaki drop.. hampir semua orang kat asrama dah kena drop ngan dia.. entah mana ilmu dia belajar pun aku x tahu.. aku sendiri pun banyak kali juga dah kena drop ngan dia.. rasa macam nak pijak je muka dia time kena drop.. aku un pernah terlepas pukul dia sekali.. haha.. dia ni pun salah seorang pelawak dorm ni.. dia ni ngan aku memang rapat juga lah.. mana x nya, kitorang selalu tidur sekali.. haha.. loker dia 2 dah jadi loker kedua aku.. loker macam butik.. dia pun x kisah ngan aku sebab loker aku pun jadi loker kedua dia juga... haha



Ni nama dia Fuad Mirza., nama manja dia pula Komeng.. dia ni selalu nya satu kepala ngan bean dan itek.. kepala x betul ngan masuk air.. haha.. dia ni kalu bab elektrik memang power.. sub woofer buatan sendiri kitorang jadi sebab dengan bantuan dia r.. komeng ni merupakan salah seorang gitaris di sttj.. haha..







Ni Aizat Kamel nama dia.. nama biasa pulak orang panggil Tikom.. Dia ni memang best klu buat bergurau.. kepala dia pun gile2 jugak.. haha.. salah seoRang yg dilantik oleh santa untuk menjadi ajen nasi lemak dan burger santa setelah perniagaan TIKOBE miliknya gulung tikar gara-gara kerenah birokrasi warden.. haha







Ni Azrul Azhar nama dia.. lebih mesra dengan panggilan Dugong.. kalu dia dah mengamuk, satu dorm boleh senyap la.. tapi bila dia dah datang angin nak bergurau tahan je la... haha.. memang menyirap kalu dia bergurau.. nak pukul kang konfem2 aku kena pukul balik.. badan dia pun dah macam lori tangki..haha






Ni nama dia Nazmi.. member2 panggil die Bob.. dia lah yg menyebabkan dorm kitorang jadi keras (burger terbang sendiri).. haha.. dia ni nak bertumbuk je kerja.. memang xde kerja lain.. haha.. tapi bob ni ok je sebab dia selalu jugak belanja aku.. haha




Ni pulak nama Hazim.. tapi dak2 ni panggil Short.. satu2 nya ahli dorm aku yg dok kat dalam kelas first (kira budak pandai r ni).. dia ni memang suka bertekak.. selalunya ngan itik,tikom dan komeng.. ajim ni bila time dia blaja memang x ingat dunia.. dia boleh hidup semalaman x tido dengan ngadap buku2 jer.. bila boring2 jer ada je benda dia nak bertekak., selalu nya ngan itik la..haha



Ni pula nama dia Izzuddin.. nama gelaran dia Qudud.. ntah apa la maksudnya.. dia ni kira berguna la juga kat dorm ni sebab dia pantang tengok dorm bersepah mesti dia sapu2 sket2.. kalu citer pasal EPL memang dia up to date.. kira hantu bola juga la..








Last sekali, yg ni pulak nama Azmeer.. dikenali dengan nama Gori.. dia ni kalu dah berkolaborasi ngan abu memang kaw2 drop orang.. gori ni pun ada bakat yg tersendiri iaitu bakat silent comedy nya.. haha






Ni pula haiwan peliharaan dorm kitorang.. memang mesra dengan semua ahli dorm kecuali abu.. haha.. yang induk nya nama Canyon, anak yg warna hitam nama Kiwi, yg coklat pula nama Marjerin..







                           DORM PUNYE 8 part 2 akan menyusul...

2 comments: