Pages

Wednesday, February 23, 2011

DORM PUNYA 8 (part 2)

video ini sepatutnya aku letak dalam post yg lalu, tetapi atas sebab2 teknikal (belum download lagi time tu) video ini dikepilkan bersama post sambungan ini

video ini adalah hasil ciptaan Aizat Kamel atau Tikom yg didownload daripada Youtube di dalam channelnya iaitu mraizat18.. aku just edit ambil bahagian dorm 8 jer..









KEGIATAN2 DI DORM 8


Pada post part 2 ini, aku nak cerita pasal kegiatan2 kitorang kat dalam dorm kluster tu.. haha.. kegiatan seharian kitorang sangat best, hapenning dan pening.. antara kegiatan2 kitorang ialah:

PAGI
bangun tido ( antara pukul 6.30-7.10)
mandi, siap2, solat (kalau bangun awal tu boleh sikat rambut lama2, borak2 dulu ke, pergi sarapan ke..tp kalau dah bangun lambat sendiri mahu ingat la)
kemudian terus ke sekolah.. (kalau bernasib baik x kena paw RM1 oleh warden sebab denda lambat ke sekolah... haha

PETANG
oleh sebab pagar asrama dikunci, kitorang xleh masuk waktu tengah hari, oleh itu kitorang manfaat kan masa itu di surau dan terus ke kelas.. habis je kelas, kitorang akan pulang semula ke dorm..
sesampai nya ke dalam dorm, perkara pertama yg akan dilakukan ialah menuju ke mana2 katil yg terdekat untuk landing.. sesudah semua memasuki dorm,masing2 akan mula melaksanakan kebolehan masing2.. kalau yg kaki lawak uh start r wat citer2 lawak, klu yg kaki drop uh mula mencari mangsa2 dan point2... sesudah solat asar, destinasi kesukaan kami ialah, padang sekolah STTJ.. haha.. memang xleh miss main bola walaupun sehari kecuali atas sebab2 yg munasabah...
x tahu r kenapa, memang sangap giler main bola ni... main hari2, tiap2 petang memang x puas.. klu x dapat main sehari memang terasa rugi besar.. rasa macam x complete je hari tu.. haha..


habis je main bola kitorang terus metekedarah kat DM.. lepas tu naik dorm, lepak2.. agak2 azan maghrib dah lama lepas baru kitorang pergi mandi.. lepas tu solat r berjemaah kat dalam dorm.. so, ada masa kejap tu kitorang pon borak2, dan masing2 meneruskan dengan kebolehan masing2 sebelum ke prep..

MALAM
balik jer prep masing2 pun singgah la metekedarah kat DM.. balik je dorm masing2 pun terus mengasah bakat mereka sebaik mungkin.. dalam pukul 12.30 malam sorang demi sorang turun belajar kat bawah.. kalau belajar kat dalam dorm memang minta maaf je la.. x kan dapatnyer.. haha.. area2 1.30 pagi hingga 2.00 pagi baru lah kitorang tido..

HUJUNG MINGGU ATAU HARI CUTI

PAGI
memang faveret hari2 macam ni.. lepas bangun solat subuh, masing2 menyambung tido balik.. dalam lingkungan pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari baru la bangun.. lepas tu pergi melantak kat DM.. so xde aktiviti sangat time ni..

PETANG
 time ni yg berbakat2 semua tu sangat aktif.. masing2 dengan kebolehan masing2.. haha.. time2 ni dorm memang macam tongkang pecah.. time2 ni jugak la lagu2 tengah memekak kat dalam dorm.. lepas asar, macam biasa, pergi beraksi kat padang la..haha

MALAM
kalau malam, biasanya macam biasa je ngan malam2 yg lain kecuali xde prep jer.. kalu esok tu cuti lagi, memang jadi musang r masing2 berjaga smpai pagi..

antara aktiviti2 sumbang yang sempat dirakamkan di dalam dorm 8



sebenarnya banyak lagi video2 sumbang ni.. ada yg x jumpa lagi, ada yg nak kna tapis dulu.. apa2 pun sekian sahaja post DORM PUNYA 8 (part 2)...

bersambung DORM PUNYA 8 (part 3) [part akhir]

Saturday, February 19, 2011

DORM PUNYA 8




Hampir 3 bulan dah x jejak kaki kat dorm ni.. ni la dorm yg aku rasa paling best sepanjang 5 tahun duduk kat asrama, mana x nya sume kepala sama je.. yg pening ada, yg masuk air ada,yg gengster ada, yg kaki lawak pun bersepah-sepah.. haha... dorm ni la yg paling keras sekali, kalu x kuat iman boleh pengsan klu masuk dorm ni.. mana x nya, burger, penyapu boleh terbang sndiri..haha


Ini lah wajah-wajah penghuni dorm 8.. kitorang rapat macam adik beradik.. kata pun Brado2 dorm 8... haha.. suma benda kitorang share, makanan, ilmu, baju, kasut, bantal, tilam dan sebagainya kerana kitorang mengamalkan konsep 'sharing is caring', dan konsep 'lokermu,lokerku jua'..haha


Ni nama dia Nazri.. orang panggil dia Tompel.. dia ni KD (ketua dorm) kitorang.. ok r jugak dia jadi kd, dapat r jugak dorm ni merasa nak bersih.. haha.. kalau x, hujung minggu memang macam sarang tikus.. xde lah garang sangat, sama je masuk air nya.. tapi dak2 ni dengar lah jugak arahannya... memang respek r kat tompel ni.. dia betul2 ada tanggungjawab kat dorm ni.. pernah sekali dorm ni kantoi benda.. dia la yg pergi serah diri dan mengaku untuk nak tutup kes walaupun bukan dia yg buat...

Ni pulak nama dia Hafiz.. gelaran dia pulak Bean.. bean ni boleh tahan jugak x betol dia.. haha.. muka serius je, macam nak pukul orang pun ada tapi x, rasanya x pernah lagi tengok bean marah.. kerja dia buat orang gelak je...haha.. dia ni memang peminat gila2 team negeri sembilan.. mana x nya, sanggup fly malam2 pergi tengok bola kat stadium.. stadium pun dekat je.. kalau time belajar memang dia serius.. dia ni memang rapat ngan aku dan memang betol2 boleh buat member la....




Yang ni pulak nama dia Zuhairi.. tapi dak2 ni panggil dia Ayam.. Orang cakap muka dia macam chiken little sebab tu dapat gelaran ayam kot.. dia ni memang melawak je kerja dia.. sampai dapat gelaran pak lawak.. haha.. selain melawak, memutarbelitkan cerita pun kerja dia jugak.. Tapi dia ni cepat koyak sikit.. susah r klu nak drop lebih2..





Yang ni nama panjang dia Amir Ridhwan, nama pendek dia pulak Itek.. salah sorang member yg rapat ngan aku.. dia ni muka memang macam nak makan orang tambah pulak ngan badan macam bapak orang tapi dia lah yg paling x matang dalam dorm.. klu dia boring, ada la benda2 dia nak jadi.. betul2 macam budak umur 3 tahun.. sampai aku un terikut-ikut..amat terkenal dengan silent comedynya..haha.. klu makan, dia la yang paling laju.. orang lain baru luak separuh pinggan, dia dah habis makan 2 pinggan.. bukan main laju lagi dia melahap..haha

Ni nama dia Abu Dzar, nama pendek Abu je.. dia ni memang kaki drop.. hampir semua orang kat asrama dah kena drop ngan dia.. entah mana ilmu dia belajar pun aku x tahu.. aku sendiri pun banyak kali juga dah kena drop ngan dia.. rasa macam nak pijak je muka dia time kena drop.. aku un pernah terlepas pukul dia sekali.. haha.. dia ni pun salah seorang pelawak dorm ni.. dia ni ngan aku memang rapat juga lah.. mana x nya, kitorang selalu tidur sekali.. haha.. loker dia 2 dah jadi loker kedua aku.. loker macam butik.. dia pun x kisah ngan aku sebab loker aku pun jadi loker kedua dia juga... haha



Ni nama dia Fuad Mirza., nama manja dia pula Komeng.. dia ni selalu nya satu kepala ngan bean dan itek.. kepala x betul ngan masuk air.. haha.. dia ni kalu bab elektrik memang power.. sub woofer buatan sendiri kitorang jadi sebab dengan bantuan dia r.. komeng ni merupakan salah seorang gitaris di sttj.. haha..







Ni Aizat Kamel nama dia.. nama biasa pulak orang panggil Tikom.. Dia ni memang best klu buat bergurau.. kepala dia pun gile2 jugak.. haha.. salah seoRang yg dilantik oleh santa untuk menjadi ajen nasi lemak dan burger santa setelah perniagaan TIKOBE miliknya gulung tikar gara-gara kerenah birokrasi warden.. haha







Ni Azrul Azhar nama dia.. lebih mesra dengan panggilan Dugong.. kalu dia dah mengamuk, satu dorm boleh senyap la.. tapi bila dia dah datang angin nak bergurau tahan je la... haha.. memang menyirap kalu dia bergurau.. nak pukul kang konfem2 aku kena pukul balik.. badan dia pun dah macam lori tangki..haha






Ni nama dia Nazmi.. member2 panggil die Bob.. dia lah yg menyebabkan dorm kitorang jadi keras (burger terbang sendiri).. haha.. dia ni nak bertumbuk je kerja.. memang xde kerja lain.. haha.. tapi bob ni ok je sebab dia selalu jugak belanja aku.. haha




Ni pulak nama Hazim.. tapi dak2 ni panggil Short.. satu2 nya ahli dorm aku yg dok kat dalam kelas first (kira budak pandai r ni).. dia ni memang suka bertekak.. selalunya ngan itik,tikom dan komeng.. ajim ni bila time dia blaja memang x ingat dunia.. dia boleh hidup semalaman x tido dengan ngadap buku2 jer.. bila boring2 jer ada je benda dia nak bertekak., selalu nya ngan itik la..haha



Ni pula nama dia Izzuddin.. nama gelaran dia Qudud.. ntah apa la maksudnya.. dia ni kira berguna la juga kat dorm ni sebab dia pantang tengok dorm bersepah mesti dia sapu2 sket2.. kalu citer pasal EPL memang dia up to date.. kira hantu bola juga la..








Last sekali, yg ni pulak nama Azmeer.. dikenali dengan nama Gori.. dia ni kalu dah berkolaborasi ngan abu memang kaw2 drop orang.. gori ni pun ada bakat yg tersendiri iaitu bakat silent comedy nya.. haha






Ni pula haiwan peliharaan dorm kitorang.. memang mesra dengan semua ahli dorm kecuali abu.. haha.. yang induk nya nama Canyon, anak yg warna hitam nama Kiwi, yg coklat pula nama Marjerin..







                           DORM PUNYE 8 part 2 akan menyusul...

Saturday, January 29, 2011

Tahniah Kelantan, Tahniah N. Sembilan


Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan FA yg telah berjaya menewaskan Selangor 2-0.  Jaringan awal Norshahrul pada minit ke-9 meletakkan Kelantan dihadapan menyebabkan Selangor berada dalam keadaan tertekan untuk mencari gol penyamaan. Gol kedua Kelantan terhasil menerusi kapten Kelantan, Badri Radzi menerusi sepakan percuma yang telah mengelirukan penjaga gol Selangor. Penjaga Gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang dengan menafikan setiap percubaan berbahaya daripada pemain-pemain Selangor. Pujian harus diberikan kepadanya setelah berjaya mematikan dua sudahan berbahaya daripada Safee Sali. Walaupun tanpa kelibat tonggak-tonggak final Piala Malaysia seperti Indraputra Mahayudin, Akmal Rizal, Hairuddin Omar dan Norfarhan, kejayaan pertama untuk musim ini mampu untuk menjadi ubat setalah beberapa siri kekalahan sepanjang persahabatan pra-musim ini.

Selain Kelantan, tahniah juga diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan yg telah menewaskan Harimau Muda A 1-0 menerusi jaringan Mohd Shafik. Walaupun N.Sembilan kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Rezal Zambry Yahya dan Sani Anuar Kamsani, rentak cemerlang N. Sembilan masih lagi dihafal oleh pemain-pemain mereka. Semoga N. Sembilan bertemu lagi dengan Kelantan pada perlawanan final Piala Malaysia tahun ini. Gomo Kelate Gomo!! Hoben Jang Hoben!!

Thursday, January 27, 2011

Ultras Malaysia!!

Semangat la pulak bile tengok Ultras-Ultras ada kat setiap negeri. Oleh itu, aku kumpulkan semuanya (setakat yg jumpa je) dan digabungkan bersama. Style..

Demam Liga Malaysia

Bersempena dgn pembukaan Liga Malaysia tahun 2011, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan satu gambar team favourite aku yg boleh dikategorikan lawa jugaklah bagi aku yg first time guna photoshop ni.. hehe..