Pages

Saturday, January 29, 2011

Tahniah Kelantan, Tahniah N. Sembilan


Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan FA yg telah berjaya menewaskan Selangor 2-0.  Jaringan awal Norshahrul pada minit ke-9 meletakkan Kelantan dihadapan menyebabkan Selangor berada dalam keadaan tertekan untuk mencari gol penyamaan. Gol kedua Kelantan terhasil menerusi kapten Kelantan, Badri Radzi menerusi sepakan percuma yang telah mengelirukan penjaga gol Selangor. Penjaga Gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat beraksi cemerlang dengan menafikan setiap percubaan berbahaya daripada pemain-pemain Selangor. Pujian harus diberikan kepadanya setelah berjaya mematikan dua sudahan berbahaya daripada Safee Sali. Walaupun tanpa kelibat tonggak-tonggak final Piala Malaysia seperti Indraputra Mahayudin, Akmal Rizal, Hairuddin Omar dan Norfarhan, kejayaan pertama untuk musim ini mampu untuk menjadi ubat setalah beberapa siri kekalahan sepanjang persahabatan pra-musim ini.

Selain Kelantan, tahniah juga diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan yg telah menewaskan Harimau Muda A 1-0 menerusi jaringan Mohd Shafik. Walaupun N.Sembilan kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Rezal Zambry Yahya dan Sani Anuar Kamsani, rentak cemerlang N. Sembilan masih lagi dihafal oleh pemain-pemain mereka. Semoga N. Sembilan bertemu lagi dengan Kelantan pada perlawanan final Piala Malaysia tahun ini. Gomo Kelate Gomo!! Hoben Jang Hoben!!

Thursday, January 27, 2011

Ultras Malaysia!!

Semangat la pulak bile tengok Ultras-Ultras ada kat setiap negeri. Oleh itu, aku kumpulkan semuanya (setakat yg jumpa je) dan digabungkan bersama. Style..

Demam Liga Malaysia

Bersempena dgn pembukaan Liga Malaysia tahun 2011, akhirnya aku telah berjaya menyiapkan satu gambar team favourite aku yg boleh dikategorikan lawa jugaklah bagi aku yg first time guna photoshop ni.. hehe..